Salam sayang semua...
Hmm arini lynda nk post entry mengenai kenapa lynda bertudung? sebab selalu jgak soalan ni menjadi soalan wajib bile orang-orang berjupe dengan lynda..
Sudah hampir dua tahun lynda memakai tudung.
Dan selama itu jugak la soalan dan kata-kata ini diajukan pada lynda:
"Wah, dah bertudung seh skrg! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung, ada tahlil?" "Baguslah kau dah insaf, macam poyo haha!" "Macam baik sangat pakai tudung." "Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung." "Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?" "Boyfriend ko paksa ko pakai ke? cian ko beb"..
Macam-macam kerenah yang lynda jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke cik kak?", ayat xley blah kn..sentap mak nyah =(
Dan kenapa lynda memilih untuk bertudung? Biar lynda kongsikan bersama ye mengapa lynda bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir dua tahun lalu, lynda duduk berhampiran tingkap memandang ke luar. Lynda melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hati ni berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa musibah macam mana ye?. Adakah kawan-kawan aku akan bersama dengan aku? Atau mereka akan menjauhkan diri?. Hampir sejam lynda memikirkan jawapannya. Tiba-tiba hati berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawan aku mungkin lari, mungkin akan memberi pelbagai alasan tetapi Allah akan sentiasa bersama aku Dia sentiasa bersama hamba-hambanya hmm menggomel dalam hati.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Lynda membaca sebuah artikel mengenai kematian. Seorang gadis yang lebih muda daripada lynda meninggal dunia (sebab kematian tak dapat ingat). Tiba-tiba terfikir, bagaimana keadaan aku kelak di dalam kubur? Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalan lynda tidak sebagus mana. Solat pun on off, kadang-kadang langsung tak buat, dengan tak bertudungnya, dengan tak menjaga auratnya, dengan seksinye ibarat pakaian tak cukup kain.
Peristiwa Ketiga
Lynda ada melihat berita di tv. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Lynda melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Tiba-tiba sebak lak rasenye. Lantas terdetik di hati, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?. Mesti lagi teruk dari lynda, sebab lynda pun bukannya baik sangat bley tahan jgak perangai ni. Rentetan-rentetan inilah yang membuka hati lynda untuk bertudung tapi bukan bertudung je sekali dengan amalan-amalan yang banyak tertinggal sebelum ni. Agar lynda mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila lynda bertudung lynda merasa ketenangan. Ketenangan yang lynda cari selama ini.
Diri lynda x sempurna mana kerana lynda pun insan biasa yang punya pelbagai kelemahan dan kekurangan. Walaupun sudah dua tahun bertudung dan menjaga aurat serta tingkah laku. Lynda masih dalam memperbaiki kelemahan diri. Terlalu banyak kekhilafan dalam diri ni, yang terlalu jauh menyimpang dari landasan sebenar.
"Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu. Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu."
Jadi selepas ini, lynda berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa lynnda bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahan lynda. Kerana lynda pun teringin melihat kawan-kawan lynda berubah ke arah keredhaan Allah.
p/s: agar diri ini sentiasa kuat dgn ujian-Nya