Wednesday, 14 September 2011

Menerima masa lalu itu menyembuhkan

Untuk renungan sahabat-sahabat sekalian..

Sahabatku, banyak orang menghabiskan masa mudanya untuk mencuba mengabaikan masa lalu, ingin melupakan, seandainya peristiwa itu tidak terjadi, seandainya luka yg berdarah dapat disembuhkan seketika. Untuk mencuba bertahan, kita mencari ribuan cara untuk menutupi rasa sakit hati tu, mengabaikan bayangan & perasaan terluka yang mengikuti kemana saja kita pergi. Kita mencuba untuk menutupi dengan berbagai kesibukan dengan pelbagai hal, kita mencuba untuk menyangkal, menyingkirkan, begitu pn semua luka itu semakin bertambah perih, sakit kerana kite memaksa diri untuk melupakan semua yang terjadi dri ingatan kita. Kita bertanya-tanya, apakah sesungguhnya akan ada kesembuhan bagi kita dari peristiwa menyakitkan pada masa lalu?

Lynda teringat pada seseorang yang pernah memberikan lynda kata-kata semangat dan memberi sokongan pabila lynda dalam kesulitan bahawa kesembuhan itu hanya terjadi bila kita menerima masa lalu itu sebagai ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang harus disyukuri sebab dengan menerima apapun ketetapan Allah dan bersyukur maka hidup kita menjadi tenteram, aman, penuh dengan cinta dan kasih sayang serta tawakal kepadaNya.“… Barangsiapa bertawakal kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath-Thalaq 2-3).

Alhamdulillah sekiranya kita redha dan menerima di atas semua yang terjadi sebagai salah satu perjalanan hidup kite sebagai manusia semua itu akan di permudahkan..insyaAllah

have a good day guys............love u

No comments:

Post a Comment