Saturday, 3 November 2012

Finally u are MARRIED!!!

Assalamualaikum...



Dah lama tak buat entry girly-girly mehehe. Baiklah! Hari ini aku akan buat review tentang perkahwinan kakak gilez aku..actually my only one sis yg still bujang walaupun dah ada anak dua. kenapa?! lu pikir la sendiri hihi.. Norazuraini aka kakde.

Pengorbanan untuk seorang kakak yang aku sayang tiada galang ganti dengan pengorbanan penat lelah dan masa yang aku korbankan. Hari khamis aku amek timeoff 4.30pm coz aku nak balik ke Kuantan untuk menyiapkan hantaran khas untuk kakde. Laju tak laju la tapi kul 8.15pm dah sampai depan pagar kemudian ma pun terkejut melihat kereta aku masuk perkarangan rumah. terus dia sambut dengan "lajunya kamu bawak kereta tadi cakap baru dekat Temerloh pop pep pop pep "..sampai sampai je kena bebel sebab bawa laju =(. Tapi itulah aku apabila kaki di pedal die sudah hilang kewarasan haha bajet drif kan. ok lempang kat pipi.

Alrite after angkut semua barang2 dalam rumah kebetulan pelamin sedang di pasang. Seperti biasa tenaga sebagai pengkritik bebas aka wedding planner harus di gunakan. Setelah di tambah di touch up. tadaaaaa inilah hasilnya.

untuk nikah malam esok...


Dan teruskan membuat hantaran sampai pukul 2.30am..dahla baru sampai dari shah alam stay up pulak sampai pagi buta. Haru dibuatnya, nasib mata tak jadi mata panda. So inilah di antara hantaran yang aku buat khas untuk kakde :


 tie dan kemeja
 sirih junjung 
 wallet dan belt
 kasut
 sweet dan chocolate

sejadah dan al-quran

Antara lain hasil tangan aku, ok nak bangga diri jap ;) :

 Bunga-bunga pink + biru aku buat ok ;)

 hiasan meja pengantin wauuu....

 Bekas lilin merah credit to my bff Azie





Alhamdulillah pada 25hb May 2012 bersamaan hari Jumaat iaitu hari penghulu kakde selamat di ijabkabulkan dengan 2x lafaz bersama Zainal Abidin iaitu encik suami kepada beliau. Dengan persalinan serba putih kakde nampak sangat cute dan gorjes gitu!!! Dan hari persandingan mereka dengan persalinan biru terkois.

ZAINAL + NORA



 Aban dan ma sibuk melayan tetamu
 saya aka pengapit bidang terjun

 firdaus dan wawan wif new PAPA..peace
 sila abaikan selipar aku yang paling gorjes 
 kakde sangat cantik...
 beauty and handsome 
 keriangan terserlah oleh kami
 abah sedang membuat liputan di meja hidangan
penghuni pelamin 
 di majlis sambut menantu 
 owhh damn..why im so kipochi this time..hmm
 kakde bersama adiknya yang gojes 
bersama orang tua saya



Semoga perkahwinan kali ini memberikan mereka kebahagian hingga ke Jannah..amin, i always pray for ur happiness kakde..love u no matter how u treat..kecik-kecik selalu gaduh ni..


ok sampai sini saje..okebaii



No comments:

Post a Comment